Thursday 19 May 2011

CENDERAHATI / DOORGIFT

Posted by De La Marketing
Tidak bermakna sesuatu majlis perkawinan itu tanpa tetamu. Tidak berseri pula kalau tetamu tidak diberi cenderhati sebagai menghargai kehadiran mereka. Pihak tuan rumah pasti menyediakan cenderhati supaya tidak menjadi buah mulut orang. Ada yang beri cenderhati hingga puluhan ringgit dan ada yang beri sekurang-kurangnya bunga telur… Tepuk dada tanya selera.

Tetapi yang menjadi persoalan ‘ADAKAH CENDERHATI INI DIHARGAI???’

Tidak ramai antara kita mempunyai hobi mengumpul bunga telur..
Tidak ramai antara kita mempunyai koleksi cenderhati..
Ke mana perginya cenderhati-cenderhati atau doorgift yang kita dapat. Samada disimpan di dalam stor atau pun dalam tong sampah..
Renung-renungkanlah..

Inilah hakikat.. Cenderhati-cenderhati itu secara parktikalnya tidak berguna. Sebab itulah ia tidak dihargai.. Tidakkah membazir namanya tu. Sesungguhnya Islam melarang kepada pembaziran.

Kepada bakal-bakal pengantin dan ibubapa , adik beradik bakal pengantin beringatlah.
Sebelum membeli cenderhati atau doorgift fikir dulu adakah ia betul-betul praktikal dan dihargai tetamu. Jangan nanti duit anda masuk dalam tong sampah.


CONTOH CENDERHATI / DOORGIFT
·         Makanan (Buah, Coklat, Kuih-Muih Tradisional/Moden)
·         Cawan/Mug/Gelas/Etc (Jangan Terlalu Kecil)
·         Tuala/Handkerchief
·         Piring/Plate
·         Kipas Tangan
·         Buku/Surah-Surah
·         Tasbih
·         Hiasan Kereta
·         Hiasan Kotak Tisu
·         Pelapik Pinggan
·         Pasu/Labu

2 comments:

Unknown on 16 August 2013 at 06:56 said...

Macam mana nak hubungi?

Unknown on 16 August 2013 at 06:59 said...

Sy berminat sangat
sila hubungi saya di 0133610819 untuk pertanyaan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

✿✿bajet kahwin✿✿ Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template and web hosting Graphic from Enakei